"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang Asal Kesal Diskriminasi Polis

KUALA LUMPUR 4 OKT: Sekumpulan orang Asal yang mewakili Jaringan kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS) hari ini hadir ke Majlis Peguam Malaysia untuk meluahkan kekecewaan berhubung amalan diskriminasi polis Negeri Sembilan yang didakwa mengganggu dan menghalang mereka dari mengadakan mesyuarat adat sesama mereka.

Wakilnya, Zuridi Baharu mendakwa polis mengarahkan JKOANS mendapatkan permit untuk perjumpaan adat mereka yang dilangsungkan secara tradisi dengan alasan ia melibatkan orang luar dan sebarang perhimpunan melebihi lima orang, perlu permit polis.


"Tindakan polis mengganggu, menggertak dan mencampuri mesyuarat pada 28 hingga 30 September lalu amat kami kesali," kata beliau pada sidang media di Majlis Peguam Malaysia di sini, hari ini.


Sehbungan itu, Majlis Peguam Malaysia mengutuk diskriminasi polis dan kerajaan terhadap komuniti orang Asal di negara ini yang dianggap sebagai terpinggir walaupun negara sudah merdeka selama 53 tahun.
-tvselangor-

Tiada ulasan: