"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li sudah balik jadi kuli

cucupakkasim
Kawan misai bertaring sebelah Ku Li ni, bodyguard? atau Tok Bomo? Tengku Razaleigh, selepas pingat-pingat dan darjah kebesaran kena tarik balik, dah tak tau nak buat apa-apa lagi. Hari dia dapat berita tu, dia dengan lagak kata dia pun tak pernah guna pangkat tu walaupun dah lama dapat, dalam lain kata .. ambik lah balik pingat-pingat ni. Kalau di selam lebih dalam bunyi macam lebih kurang dia tak peduli tak ambik pot, sama saja sama ada gelaran itu atau pun tidak ada.

Alih..alih..rupa-rupanya Ku Li dah jadi tak tentu arah bila sudah hilang gelaran, kalau tidak tak kan dia sudah suruh majlis raja-raja dan pihak yang berkuasa dalam kerajaan persekutuan untuk masuk campur bikin hal dalam perkara hal dalaman Istana Kelantan, yang dia kata ada krisis.

Ku Li juga sudah jarum dan sudah taruh api dan kata kalau tak masuk campur dan tak cuba selesaikan masalah ini, implilasinya ialah ia boleh berjangkit kepada lain-lain negeri dalam perkara untuk menggantikan sultan.

Dari mata kasar gurkah-gurkah politik di'port', Ku Li juga nampak macam sedang cari pasal lagi dengan Sultan Muhhammad ke-V ini, bila dia sentuh tentang dari sudut undang-undang berhubung dengan pengisytiharan perlantikan Sultan Muhhammad ke-V ini menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra. Part yang paling best ialah bila ayat dari Ku Li kata dia setia dengan Sultan Ismail Petra, gurkah-gurkah pulak sudah tanya kenapa tak cakap jelas-jelas kata "saya HANYA setia dengan bekas sultan,maksudnya TIDAK dengan sultan sekarang??", kalau lah ada perkataan HANYA dalam statement itu, gurkah-gurkah pasti Ku Li dah tak boleh pijak Kelantan.

Ku Li ingat yang dia masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PRK Galas, semua orang kena dengar cakap dia, poodahh!! tak kan dia tak sedar habis PRK Galas,dia balik jadi kuli semula, sebab Nazri Aziz menteri yang jaga tentang benda-benda macam ni awal-awal sudah cakap "Ku Li is WRONG!".

P.S
Yang paling menarik ialah bila ada maklumat kata Sultan nak tarik balik gelaran itu semasa awal bulan lepas lagi, tapi memandangkan sultan tidak mahu dikatakan cuba untuk mensabotaj BN/umno pada PRK Galas,kerana Ku Li jadi Pengarah Pilihanraya, maka tuanku pun sabar sekejab.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..Tukar Tiub...dia cukup pantang dengan perkataan RAJA

Tiada ulasan: