"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Ditumbuk Perempuan?

kiyaiharaki
Image Hosted by ImageShack.usYa mungkin itu perumpamaan yang boleh diibaratkan buat bakal Ketua Pembangkang di parlimen Malaysia pasca PRU-13 nanti.Ternyata PM yang paling kontroversi dengan isteri ini sudah tertumbuk dengan Kak Wan tatkalamana Presiden PKR itu menempelak salah guna kuasa UMNO yang banyak berselindung dibalik isu ketuanan Melayu.Jika diteliti, hampir 20minit dari ucapan Najib di Wisma MCA digunakan untuk mengasak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.Bahkan intipati ucapan itu boleh disifatkan sebagai betapa defensifnya BN untuk berhadapan dengan PR dalam meraih sokongan pengundi bukan Melayu.Pada BN, Anwar ialah faktor utama  yang melonjakkan PR  dalam meraih sokongan pengundi bukan Islam atau Melayu.

Kata Najib PKR ialah Parti Keluar Ramai-ramai!Tetapi Najib mungkin lupa bahawa antara yang paling awal mencipta sejarah keluar parti ialah pengasas UMNO itu sendiri, iaitulah Dato Onn pada 25 Ogos 1951 dalam Mesyuarat Agung kali keenam,kerana kesal bilamana melihat dasar perkauman yang dibawa UMNO.Dato Onn mencadangkan supaya keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu tetapi ternyata cadangannya ditolak.Menunjukkan betapa dahsyatnya perkauman yang diamalkan UMNO hingga merelakan perginya seorang pengasasnya.

Dato Onn bukan seperti sesetengah pemimpin UMNO yang longlai dan lemah pada prinsip perjuangan,beliau membuktikan kejantanannya dalam politik dengan meninggalkan politik sempit yang dimainkan UMNO.Bahkan cucunya sendiri pun belum tentu mampu bersilat seperti tok ki nya.Justeru jangan Najib lupa pada sejarah keluar parti dalam Malaysia!Bahkan Tunku sendiri pun sewaktu menerajui The Star secara kritis banyak menegur kerajaan hingga akhbar itu diharamkan Mahathir pada tahun 1987.Hinggakan akhir hidup Tunku, menyaksikan beliau berkempen untuk Semangat 46 menentang regim Barisan Nasional.

Kalau UMNO zaman Dato Onn dah rosak, hari ini dah tahun 2010 justeru moleklah kiranya UMNO dan BN dilupuskan kerana sudah terlalu lamanya tempoh masa.Cuma barangkali Najib sedang pening mencari tarikh 'expired' untuk BN ditalqinkan.Saya bersetuju dengan tulisan Saudara Ahmad Luthfi Othman yang mengatakan bilamana naiknya PM yang baru maka dia akan melakukan rekod yang cemerlang dengan menyapu bersih kerusi dalam PRU.Namun pada saya Najib akan mencipta suatu lagi rekod baru di kalangan Perdana Menteri Malaysia yaknilah menjadi PM yang pertama gagal memertahankan rekod yang bersih pada penggal yang pertama dalam pemerintahannya tatkalaman diadakan pilihanraya.Kalau KJ menantu Pak Lah dilabelkan sebagai biawak hidup yang amat berat hingga BN tewas teruk pada PRU ke 12,maka Najib dan Rosmah adalah bangkai biawak yang lebih busuk dan lebih berat yang terpaksa ditanggung oleh BN dalam PRU nanti.

Lebih cepat Najib mahu isytiharkan Pilihanraya maknanya lebih cepat Najib bakal mencipta rekod baru dalam sejarah politik tanah air,yaknilah PM yang PALING CEPAT TUMBANG DAN TERBUANG!Kehadiran ribuan baju merah di Masjid Negara pada himpunan Kerajaan Negeri Selangor kelmarin menandakan betapa mood rakyat tidak pernah sejuk untuk melakukan perubahan dan memacu kemenangan ke Putrajaya!!!ALLAHU AKBAR!!!

Tiada ulasan: