"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima termasuk tiga beradik lemas di Pantai Chendering

KUALA TERENGGANU: Keriangan enam bersaudara mandi mandadi Pantai Pandak, Chendering di sini, bertukar tragedi apabila dua daripadanya lemas, seorang kritikal manakala tiga lagi masih hilang. Mangsa yang mati lemas dikenali sebagai S.Kumuda, 28 dan adiknya Roshini, 16 tahun.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Bahagian Operasi dan Balai Kuala Terengganu, Zakaria Mohamed berkata, seorang lagi mangsa yang kritikal, G Mathevii, 19, ditemui berpaut pada batu di gigi air dalam keadaan separuh sedar dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Katanya anggota bomba dan penyelamat yang berkejar kepantai itu sebaiksahaja mendapat laporan, menemui mayat kedua-dua beradik itu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Semua mangsa yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor tiba di sini kira-kira 2 petang.

Zakaria berkata pihaknya kini menumpukan usaha mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang yang hanya dikenali sebagai Ramond, 26 Mogan, 21 dan Vijay Kumar, 18 tahun.

Katanya usaha mencari mangsa yang turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia agak sukar memandangkan ombak besar dan angin kencang di kawasan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Abdul Halim Ishak berkata kesemua mangsa sebelum itu melawat keluarga di Batu Rakit, dekat sini sebelum mengambil keputusan berkelah di pantai itu.

Sementara itu, seorang penduduk di situ, Mohd Yusof Mamat, 57, yang ditemui berkata kejadian berlaku ketika penduduk kampung ke masjid untuk solat Jumaat.

"Ombak kuat sejak beberapa hari lalu, memang dah lama kami tak bagi budak-budak di sini mandi di pantai ni. Saya kesal kerana mereka (mangsa) mandi ketika kami tak ada, kalau kami nampak mereka mandi memang kami larang,"katanya. 
-Bernama-

Tiada ulasan: