"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ular sawa 100kg ditangkap kerana tinggal tanpa izin di Penjara Pudu?

PANJANG...anggota JPAM mengangkat ular yang ditangkap, semalam.
PANJANG...anggota JPAM mengangkat ular yang ditangkap, semalam.
KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter dan seberat lebih 100 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di tinggalan bangunan Penjara Pudu, di sini, pagi semalam.

Jurucakap JPAM berkata, ular itu dikesan selepas berlengkar di atas pagar tembok bekas penjara berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, ular itu yang dipercayai berusia lebih 20 tahun ditemui sekumpulan pekerja buruh yang bertugas di tapak binaan berhampiran penjara berkenaan.

“Tiga anggota yang tiba ke lokasi kejadian mengambil masa hampir 30 minit untuk menangkap reptilia itu,” katanya.

Menurutnya, ular itu keluar dari sarang persembunyiannya akibat kelaparan berdasarkan keadaannya yang lemah dan tidak terlalu agresif ketika ditangkap.

“Malah ketika ditemui, sebahagian daripada ekor ular itu putus dan cedera berkemungkinan akibat bergelut dengan haiwan lain. Sebaik diikat pada mulutnya, ular itu dimasukkan ke dalam guni,” katanya.

Menurutnya, ular sawa itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut kira-kira jam 11.30 pagi.
-hmetro-

Tiada ulasan: