"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak mahu ikut suami beraya di kampung kerana kemaruk dengan Bangla

GERIK: Kemaruk cinta lelaki Bangladesh persis wajah Shah Rukh Khan, seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang ‘kekasih gelap’ berusia 20 an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini.

Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.

Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi.
-hmetro-

Tiada ulasan: