"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zunar akan terima anugerah Hellmann-Hammett

Harakahdaily
BANGKOK, 12 Sept: Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula.
Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini.

Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch “Jiew” Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia).

Turut berucap di di majlis ini nanti adalah Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di samping Shawn Crispin, Wakil Asia Tenggara Committee to Protect Journalists (CPJ).

Tahun ini, 48 penulis dari 24 negara seluruh dunia akan menerima geran Hellman/Hammett sebagai satu pengiktirafan kepada kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadapi pendakwaan.

Zunar terkenal dengan buku-buku kartunnya bermula dengan Harakah pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu.

Beliau telah menghasilkan kartun-kartun editorial yang sangat menarik dan telah menyumbang kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999.

Zunar selepas itu menjadi pengarang Warta Keadilan dan berjaya menaikkan edaran akhbar itu sehingga melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.

Kini Zunar menerbitkan sendiri buku-buku kartunnya namun sentiasa sahaja mendapat sekatan dari pihak kerajaan di mana buku-buku terbitannya diharamkan oleh kerajan.

Tiada ulasan: