"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KPN harus pecat OCPD Hulu Selangor terlibat mesyuarat kekecohan

che'GuBard
Telah ditemui dalam laman YOUTUBE beberapa akaun yang menyiarkan video rakaman satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg. Tengi, Selangor yang jelas merangka untuk membuat kekecohan bagi mengganggu ketenteraman awam. Kacau ganggu ini dirangka bagi menghalang program sebuah organisasi yang dikenali sebagai ANAK yang menampilkan Mazlan Aliman, selaku Pengerusinya sebagai penceramah.

Perbagai entiti dikesan dalam video tersebut iaitu Perkasa, Majlis Belia Felda dan perbagai organisasi termasuk Mic. Amat malang sekali disebut oleh Pengurus Felda yang mempengerusikan Mesyuarat mengenai kehadiran Ketua Polis Daerah dan sokongan PDRM untuk kacau ganggu awam ini diadakan dan polis bakal melindungi.

Ini satu perkara serius, satu pengkhianatan terhadap amanah dan tanggungjawab. Ia satu penghinaan terhadap gelaran Polis DI RAJA Malaysia itu sendiri. SAMM mengajak rakyat memandang serius perkara ini dan meminta Ketua Polis Negara menyatakan pendirian segera dan tindakan memecat Ketua Polis Daerah tersebut dan pegawai lain yang terbabit harus dilakukan.

Ini satu perkara penting parlimen juga seharusnya dipanggil untuk satu persidangan tergempar untuk membahaskan perkara ini. Jika ini bukan perkara terpencil maka berapa banyak lagi mesyuarat menjelang PRU ke 13 (yang dimana umum ketahui PRU yang paling sukar bagi Bn) maka polis diperguna untuk melindungi keganasan. Patutlah banyak kejadian gangster upahan Umno Bn membuat kacau tetapi tidak ada tindakan diambil, rupanya keberanian gangster upahan ini hanya kerana diberi jaminan dilindungi polis.

SAMM yakin dan percaya PDRM kini terbelah dua, ramai yang mula sedar untuk duduk bersama rakyat mempertahankan keutuhan dan keluhuran undang - undang, tetapi masih wujud lagi 'kejahatan' dikalangan beberapa pegawai polis. SAMM mohon Ketua Polis Negara segera bertindak menyingkirkan pegawai tersebut segera dengan bermula dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang terbabit dalam mesyuarat yang dirakamkan ini.

SAMM juga mengajak rakyat memandang serius kepada kenyataan Muhiyuddin yasin selaku TPM iaitu kekecohan kerana keputusan PRU. Memandangkan Bn yang makin hilang sokongan dan sememangnya trend bertindak ganas untuk mengalihkan masej PR ini berleluasa dan rakaman diatas membuktikan ia terancang, maka nampaknya Bn sendiri yang sedang merangka keganasan dan hura - hara.

Mohon ketegasan Ketua Polis Negara dalam perkara ini dan rakyat harus sedar satu undi untuk Bn beerti kamu memberi kepada sebuah regim yang merestui tindakan ganas dan gangster terhadap rakyat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan: