laniismaa
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata PM Najib Razak sepatutnya mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran pemotongan subsidi dalam bajet baru-baru ini.
Gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang hanya bergaji RM23,577 sebulan.
Kita lihat apa yang diperolehi gaji pegawai kanan JPM. Mengikut maklumat yang diperolehi Ong Kian Ming, gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500, kira-kira RM69,000 sebulan.
CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan gaji tahunan RM480,000 (RM40,000 sebulan, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).
CEO TalentCorp dengan gaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.
Pendedahan beliau lagi, pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.
Gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) RM49,000 sebulan, setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum .
Gaji Pengarah Bersekutu PEMANDU RM31,600 sebulan bersamaan JUSA C penjawat awam.
Pengurus Kanan PEMANDU bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan.
Mereka bernasib baik kerana menjadi kroni PM, rakyat terpaksa kurangkan gula kerana potong kaki penyakit kencing manis. Nasib artis Nabil juga amat baik, kerana mendapat kondo percuma RM1 juta. Nasib baik kroni yang agak kita meluat!
Lihat juga : MB Perak tidur di masjid, cantik ‘toto’ beliau!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan