"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berbuka Puasa Dengan Arak: Satu Lagi Kemajuan Umat Melayu !

tokpepijat
Seminggu ini kecoh tentang adanya restoran yang mengadakan promosi berbuka dengan arak.Ada arak bertaraf "amatur" seperti Tiger,Anchor dan Guiness untuk golongan bawahan dan ada arak bertaraf "professional" seperti Wiski dan seumpamanya untuk golongan bangsawan dan kaya.

Mengapa restoran begitu berani mengadakan promosi tersebut?

Ini jawapannya:

Walaupun secara terbuka restoran itu menjual arak, tetapi masih ramai penganut Muslim berbuka di restoran sedemikian, kata Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Saidi Jaafar.

"Yang kita kesalkan adalah premis berkenaan terang-terangan menjual arak tetapi masih ramai orang Islam datang makan di situ," kata Saidi yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ini menunjukkan betapa restoran ini mendapat sokongan dari orang yang mengaku Islam. Ini juga menunjukkan restoran berkenaan sering mendapat kunjungan pelangan Islam untuk pesta arak.

Arak umpama air sejuk.Bermula dari pihak Istana,orang politik hinggalah rakyat bawahan.

Jadi apa peliknya jika ada promosi berbuka dengan arak?

Orang Melayu cuma jijik dengan babi sahaja. Bayangkan jika restoran letak iklan babi di depan restoran.Dijamin tiada umat Melayu singgah makan minum di situ.

Apabila restoran berani mempromosikan iftar dengan arak menunjukkan dua perkara untuk direnungi:
1) Pihak restoran sengaja menghina Islam.
2) Orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pihak restoran iaitu mereka sendiri yang minum seolah-olah arak itu bukan minuman haram bagi Islam.

Rasanya alasan no 2 lebih tepat.

Salah siapa? 

Tiada ulasan: