"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Meninggal ketika imamkan solat (Gambar)


Rawang: Seorang imam sambilan meninggal dunia pada rakaat kedua ketika mengimamkan solat Isyak di sebuah surau di Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung, dekat sini, semalam.

Rahmad Mohamed, 57, rebah sebelum disedari jemaah.

Pengerusi surau itu, Azizan Osman, 61, berkata, seorang jemaah terus menghantarnya ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan Rahmad sudah meninggal dunia.

"Arwah yang juga teman rapat saya berniaga roti canai di kawasan ini dan hanya menjadi imam jika imam tetap tiada.

"Jenazah selamat dikebumikan pada 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, arwah menghidap kencing manis dan darah tinggi.
-hmetro-

1 ulasan:

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun moga beliau mendapat rahmat-Nya.
Kematian sebegini selalunya berlaku ke atas mereka yang darah tinggi dan sakit jantung. Tetapi untuk pengetahuan semua kencing manis juga boleh membawa akibat yang sama seperti yang baru berlaku ke atas bapa mertua saya.
Pendek kata apa sahaja yang menghalang peredaran oksigen ke otak boleh membawa akibat seperti ini. Kencing manis itu sebab gula berlebihan yang menghalang oksigen dari sampai ke otak.
Baru2 ini juga saya sendiri mengalami satu simptom kekurangan oksigen, kesan dari satu ketumbuhan yang mengeluarkan darah walaupun tidak banyak. Akibatnya hemoglobin saya jatuh ke 6.6, satu tahap kritikal. Dr kata saya bernasib baik kerana tidak kena stroke. Katanya stroke adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen di kepala, tidak kiralah apa puncanya.
Petanda yang saya alami ialah pening2 bila bangkit dari mencangkung, sering demam2 dan cepat penat.
Umur saya 66 tahun ketika itu. Jadi saya sarankan sesiapa sahaja yang mengalami simptom tersebut lebih baik jika buat rawatan segera.