"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita buruk buat Najib

Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York Times

Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan “syarikat bayangan” daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta (RM2.6 bilion) didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Kebenaran ada dimana-mana. Kuasa Allah s.w.t teramat luas dan diluar jangkauan pemikiran otak manusia. Do'a orang teraniaya diterima Allah s.w.t tanpa mengira status insan itu. Ramai yang zalim sudah mati. Stalin, Lenin, Nicolae Ceausescu, Gaddafi, Saddam, Shah Iran, Taraki, Enver Hoxha dan ramai lagi. Mungkin dunia akan melihat sesuatu yang baru dan menakjubkan dalam dekad ini. Semoga Allah s.w.t. melindungi kita semua dari pemimpin yang zalim dan menjauhkan kita dari malapetaka buatan tangan manusia.