Shahbudin Husin
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta berhubung kes samannya terhadap Utusan Malaysia.Namun, bukan kes samannya itu yang menarik perhatian, tetapi keadaannya yang ketika ini jelas begitu uzur dan memerlukan rawatan, lebih menggamit perasaan.
Anwar kelihatan lebih kurus, cengkung dan rambutnya juga mulai gugur. Walaupun ketika beliau tersenyum, rasanya seperti ingin menitis air mata menatap wajahnya.
Apa yang diminta Anwar hanyalah rawatan kesihatan. Beliau tidak minta lebih daripada itu.
Walau bagaimana sekalipun persepsi dan penilaian kita terhadapnya, melihat keadaan terbarunya ini, pasti setidak-tidaknya menerbitkan secebis rasa simpati dan kasihan dengannya.
Tidak lama sebelum ini, seorang bekas ahli Parlimen yang berkesempatan melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh ada menyampaikan keluhan keadaan bekas timbalan perdana menteri itu di penjara sekarang lebih "teruk" walaupun yang menjadi menteri dalam negeri adalah kenalan baiknya suatu ketika dahulu.
Menurut bekas ahli Parlimen itu lagi, Anwar mengeluh kerana beberapa permintaannya yang di bawah bidang kuasa menteri dalam negeri ditolak begitu saja dan ia berbeza ketika beliau dipenjara kali pertama di mana Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi menteri dalam negeri pada waktu itu.
Kata beliau, Anwar berseloroh, "Tun Mahathir pun tak buat aku macam ni."
Kepada menteri dalam negeri yang sudah menjadi timbalan perdana menteri sekarang, tidak memercikkah titis simpati, walaupun sedikit pun, melihat keadaan Anwar ini?
shahbudindotcom.blogspot.my
1 ulasan:
Ini lah sebenarnya yang dimahukan oleh Menteri menteri UMNO..
Semoga ada balasan yang setimpal untuk mereka oleh Allah SWT.
Catat Ulasan