Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usaha menyingkirkannya sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: "Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan.
Beliau juga memberitahu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman bahawa beliau menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan menteri.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan