"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Najib perlu jelaskan mana pergi RM33 bilion dana 1MDB'

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

"Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.
-malaysiakini

Tiada ulasan: