"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shahidan, tersepit kerana tidak diberitahu

BORHAN AHMAD 
Shahidan tiba-tiba mengutip sampah.
Nampaknya lakunan ini bakal menjadi kenyataan buat Shahidan.

Selepas bertembung dengan Raja Perlis bagaikan nak rak, akhirnya Datuk Seri Shahidan Kassim baru diberitahu bahawa dua pemimpin Umno Pusat telah bersetuju agar Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai menteri besar.

Ia didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar yang berkata, persetujuan dua pemimpin Umno pusat melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis tidak dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, persetujuan itu dinyatakan Naib Presiden yang memangku tugas presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan naib presiden yang menjalankan tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika mereka menghadap Raja Perlis.

Apa yang tidak dikatakan oleh Shahidan terhadap rajanya itu kerana menganggap baginda bertindak melantik Azlan tanpa persetujuan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri sebagaimana diperuntukkan perlembagaan.

Hatta mempertikaikan istilah ‘murka’ yang ditanyakan wartawan kepada beliau.

“Apa itu murka? You tell me (kamu beritahu saya) apa itu murka?”

Begitu reaksi Shahidan ketika ditanya pemberita berkaitan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar.

Mengulangi beberapa kali soalan sama, Shahidan berkata murka itu cuma “bahasa yang diperindahkan”.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur pada 24 Mei, hari Azlan mengangkat sumpah itu, Shahidan berkata apa yang berlaku padanya dan BN Perlis tidak adil.

Beliau penuh yakin, Raja Perlis bertindak sendiri-sendiri ketika melantik Azlan sebagai MB Perlis.

“Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk tentu siapa pemimpin kami. Kita bertungkus lumus, saya menggadaikan jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negeri lain, kalah, kalahlah. Tapi saya menang, dua pertiga (dewan).

“Saya percaya orang akan hormat kepada keputusan dua pertiga majoriti. Kalau raja murka itu soalan you. Saya tak faham apa makna murka,” katanya.

Ekoran tindakan Azlan mengangkat sumpah sebagai MB, Shahidan telah mencadangkan agar Umno memecat Azlan.

Kesemua itu dinyatakan Shahidan tanpa mengetahui bahawa bos beliau di Kuala Lumpur telah memberikan persetujuan kepada Raja Perlis agar Azlan dilantik ketika mereka menghadap baginda.

Isunya sekarang, kenapa Zahid dan Hishamuddin tidak memaklumkan bahawa mereka telah bersetuju agar Azlan dilantik sebagai MB ketika berjumpa Raja Perlis.

Bukan itu sahaja, Hishamuddin dalam kenyataannya mempertikaikan pula Shahidan yang bersikap kasar terhadap rajanya itu.

Melalui Instagramnya, Hishamuddin berkata, Umno menolak cadangan itu bahkan mempertikaikan sikap Shahidan itu.

“Perkara seperti ini tidak boleh berlaku. Setiap daripada pemimpin Umno harus berjiwa besar dan menampilkan kepimpinan yang terbaik.

“Dalam keadaan Umno yang masih dalam proses pemulihan, rakyat sedang memerhati dan menilai setiap tindakan kita.

“Rakyat telah berikan mandat kepada BN untuk memimpin di Perlis dan kepercayaan ini harus dilaksanakan dengan penuh amanah,” katanya dalam catatan di laman sosial Instagram beliau.

Beliau berkata keputusan pelantikan Azlan sebagai menteri besar haruslah dihormati kerana semestinya Raja Perlis telah mengambil pertimbangan yang sebaiknya untuk rakyat di negeri itu.

Kesian Shahidan….

Tiada ulasan: