"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Pembersihan’ polis bermula bulan depan?

Beberapa pegawai kanan polis dikatakan akan digugurkan bulan depan susulan usaha kerajaan baru“membersihkan” badan penguatkuasaan itu.

Memetik sumber, Straits Times Singapura melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga dikatakan berada dalam senarai itu.

Tiga jabatan yang terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dan beberapa pegawainya dikatakan akan dipecat.

“Ya, gempa 8.5 Richter akan berlaku Julai ini,” kata sumber.

Sumer mendakwa “nombor satu” akan menjadi orang pertama disingkirkan tetapi tidak menjelaskan sebabnya.

Fuzi baru sembilan bulan dilantik ke jawatan itu oleh perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak selepas pendahulunya bersara.

Tiga jabatan yang dikatakan akan dimansuhkan ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Menurut sumber, ketiga-tiga jabatan ini disyakati terlibat dalam rasuah untuk melindungi jenayah yang sepatutnya dibasmi mereka.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri dakwaan dalam laporan ini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: