"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tembak menteri disahkan alami masalah mental

Agensi
GAMBAR beberapa minit sebelum Naba Kishore Das ditembak. FOTO Agensi.
GAMBAR beberapa minit sebelum Naba Kishore Das ditembak. FOTO Agensi.
New Delhi: Pegawai polis yang menembak mati Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Odisha, Naba Kisore Das, semalam disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

Ketua Jabatan Psikiatri Kolej Perubatan dan Hospital MKCG Berhampur, Dr Chandra Sekhar Tripathy mengesahkan, Gopalkrushna Das mengalami gangguan bipolar dan menjalani rawatan pakar psikiatri.

"Das mula-mula melawat klinik saya kira-kira lapan hingga 10 tahun lalu.

"Dia mudah marah dan sedang menjalani rawatan untuk ini.

"Saya tidak pasti sama ada dia mengambil ubat. Jika ubat tidak diambil dengan kerap, penyakit itu akan muncul semula, "katanya kepada pemberita.

Pegawai polis itu yang menetap di kampung Jaleswarkhandi, Ganjam memulakan kerjayanya sebagai konstabel di Berhampur sebelum dipindahkan ke Jharsuguda 12 tahun lalu.

Ketua Polis Jharsugda, Gupteswar Bhoi berkata, suspek mendapat pistol berlesen selepas dilantik mengawal pos polis di Gandhi Chhak, Brajrajnagar.

Isteri suspek, Jayanti turut mengesahkan suaminya pernah mengambil ubat untuk gangguan mental itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Naba Das dihantar ke Hospital Apollo, Bhubaneswar kira-kira 350 kilometer dari Brajrajnagar.

Kenyataan pihak hospital kepada media tempatan mengesahkan, satu peluru yang terkena pada badan menteri itu mengakibatkan kecederaan serius pada jantung dan kiri paru-parunya.

Menurut sumber rasmi, suspek ditempatkan bertugas untuk lawatan menteri itu di Jharsugda semalam.

Suspek didakwa melepaskan tembakan ketika menteri itu turun dari kereta untuk menghadiri program tempatan dan penyokongnya sedang mengalungkannya dengan bunga.

Walaupun suspek melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan menteri, hanya satu das saja mengenai ahli potilik itu.

Suspek cuba melarikan diri dari tempat kejadian sambil melepaskan tembakan ke udara, namun berjaya ditangkap polis.

Bagaimanapun, punca suspek melepaskan tembakan ke arah menteri itu masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, unit jenayah Polis Odisha mengambil alih kes berkaitan pembunuhan menteri kesihatan dengan pasukan penyiasat khas ditubuhkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama 27 Akta Senjata.
-Hmetro 

Tiada ulasan: