"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Nak bagi Mukhriz jadi Menteri Besar, cerita ini tidak benar'

Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap dakwaan kononnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menerajui Kedah kembali sebagai perkara tidak masuk akal.

Pengerusi PN Kedah berkata, ini kerana Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak diterima menganggotai PN sekali gus menafikan dakwaan beliau melenting apabila diusulkan perkara itu dalam satu mesyuarat.

"Tak ada dak tepuk meja apa, ada orang kata saya marah pasal Pas nak bagi Datuk Mukhriz jadi menteri besar, cerita-cerita ini tidak benar.

"Yang timbul mungkin kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) inilah. Datuk Seri Mukhriz pun tidak menganggotai PN. Parti Pejuang tidak diterima. Jadi tak tak masuk akallah cerita-cerita seperti itu. Ni bukan kerana saya spark (marah) ataupun apa, dak...Saya nak maklum bahawa banyaknya timbul fitnah baru-baru ini kerana PRN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan kononnya Muhammad Sanusi akan memboikot PRN berikutan terdapat keputusan akan melantik Mukhriz sebagai Menteri besar sekiranya PN berjaya menawan Kedah selepas pilihan raya negeri itu nanti.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan Pas Pusat mengakui beliau menerima 'serangan' bertali arus sejak akhir-akhir ini.

Katanya, serangan itu termasuk di media sosial menerusi yang menggunakan akaun palsu.

"Antaranya dakwaan yang saya bergaduh dengan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Exco), saya tak bergaduh dengan orang, seorang pun saya tidak pernah bergaduh, berita-berita itu tidak benar.

"Kemudian kelmarin kata saya meninggalkan mesyuarat apa entah lah, saya nak maklumkan tak ada mesyuarat parti pun, mesyuarat terakhir minggu pertama bulan Jun, mesyuarat yang akan datang pada Ogos di Terengganu," katanya.

Tiada ulasan: