"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kami dilayan baik, kata tebusan Israel dibebaskan Hamas

Reuters
Yocheved Lifshitz ditahan selama dua minggu di Gaza oleh kumpulan pejuang Palestin itu.
TEL AVIV: Seorang nenek Israel yang dibebaskan Hamas selepas menjadi tebusan selama dua minggu berkata beliau dilayan baik sepanjang tempoh itu, walaupun pada mulanya dipukul ketika diambil sebagai tebusan pada 7 Oktober lalu.

Yocheved Lifshitz, 85, antara dua wanita yang dibebaskan lewat semalam manakala 220 lagi tebusan masih dalam tahanan Hamas.

Lifshitz yang berkerusi roda dan kelihatan letih berkata, dia dibawa menaiki motosikal dari penempatannya ke Gaza.

“Ketika atas motosikal itu saya dibaringkan melintang… dan pemuda berkenaan memukul saya.

“Tulang rusuk saya tidak patah, tetapi sakit dan saya sukar bernafas,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Gaza dia dibawa masuk ke kawasan terowong bawah tanah yang diibaratkannya sebagai sarang labah-labah, dan dia dilayan dengan baik.

Katanya, seorang doktor membuat pemeriksaan dan memastikan dia dan tahanan lain mendapat ubat-ubatan diperlukan.

Lifshitz berkata tentera Israel memandang remeh ancaman Hamas, dan pagar keselamatan dibina kerajaan itu “langsung tidak membantu” menghalang pencerobohan pejuang pergerakan itu.

Tiada ulasan: