"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Langkawi: Teresa boleh datang Langkawi, tak pakai apa pun tak apa

Malaysiakini
story-image
PARLIMEN | Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) cuba mempertahan kerajaan Kedah daripada dakwaan mengenakan kod etika pakaian kepada pelancong.

Bagaimanapun, kenyataannya mencetuskan kontroversi lain apabila mengundang Teresa Kok (PH-Seputeh) ke pulau peranginan itu tanpa pakaian.

“Saya nak jemput khusus kepada Seputeh, YB Seputeh datang tak mahu pakai apa pun tak apa,” katanya.

Sebelum itu Kok memintanya mengesahkan sama ada benar pelancong tidak dibenarkan memakai seluar pendek di kawasan bawah pentadbiran kerajaan PAS itu.

Timbalan Speaker Alice Lau Kiong Yieng kemudian mengarahkan perbahasan dihentikan atas alasan masa sudah tamat.

Suhaimi bagaimanapun menuding kembali kepada Kok kerana dia yang bertanya berkaitan berkaitan pemakaian seluar pendek di Langkawi terlebih dahulu.

Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudian meminta Suhaimi menarik balik kenyataan itu.

Dia berkata memang tiada sesiapa boleh berbogel di pantai kerana perkara itu melanggar undang-undang.

“Tak pakai apa-apa pergi Langkawi itu langgar undang-undang. 

“Mana boleh tak pakai apa-apa, bogel,” katanya.

Kok juga kemudian membidas Suhaimi sebagai lucah dan mempunyai “fikiran kurang bersih”.

Lau kemudian mencelah dan meminta semua orang duduk dan tidak membazir masa parlimen.

Baru-baru ini Menteri Pelancongan Tiong King Sing mendakwa terdapat pelancong mengadu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kerajaan di Langkawi yang mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menyangkal terdapat larangan itu.

Tiada ulasan: