"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ha! Boleh beritahu lelaki kupas udang, Mawla Amin bukan warga Maghribi pun

Harapandaily
Selebriti agama teruja bertemu dengan penipu yang menunggang nama Rasulullah SAW.
Heboh seorang penipu bergelar Mawla Amin yang mengaku kononnya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad sehingga ada lelaki di Malaysia sanggup kupaskan udang untuknya dalam satu majlis.

Rupanya, Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji yang turut pernah mendapat kunjungan seorang ustazah selebriti pro Pas itu bukan warga Maghribi.

Kerajaan Maghribi mengesahkan taraf kewarganegaraan Mawla Amin atas permintaan pihak berkuasa Malaysia.

Bahkan, Kementerian Luar Maghribi menjelaskan, lelaki itu tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara itu.

Kementerian itu menambah, pihak berkuasa agama Maghribi juga sama sekali tidak menyokong aktiviti keagamaan atau ajaran dibawa individu berkenaan yang pernah menawan hati ramai kaum ibu di negara ini.

Sebelum ini, lelaki warga Perancis-Algeria tersebut mendakwa dirinya sebagai rakyat Maghribi dan berasal dari keturunan Nabi Muhammad.

Sebaliknya, menurut Kementerian Luar Maghribi, Mohamed Amin Ouradji disahkan dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984, sebelum berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.

Ahli dan pengikut memanggilnya dengan gelaran Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

Mawla pernah berada di Malaysia pada 2022 atas naungan sebuah madrasah.

Namun, kehadirannya ditegur pihak berkuasa agama ekoran dokumen dakwaan ‘keturunannya’ yang menimbulkan keraguan.

Lelaki yang selamba menyamar sebagai keturunan Rasulullah SAW itu mengundang kontroversi di Malaysia, terutama selepas dikaitkan dengan penubuhan sebuah mazhab.

Entiti itu turut mengutip derma secara haram daripada orang awam dalam usaha menubuhkan ‘Kerajaan 9’ di Melaka sebagai persediaan untuk penganutnya berhadapan akhir zaman.

Pada masa ini, kegiatan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk operasi sebuah madrasah di Selangor sedang dipantau apabila dia dikesan cuba menyebarkan ajarannya.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan antara negeri yang difahamkan mahu menganjurkan jelajah Mawla Amin tetapi sudah membatalkan acara mengarut itu.

Tiada ulasan: