"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembangkang derhaka kepada Agong, tak beri laluan PM ucap tahniah dan ikrar taat setia

Harapandaily

Ahli Parlimen Pembangkang hari ini bertindak derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri untuk mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka.

Aksi biadap blok Perikatan Nasional (PN) itu sebagai langkah protes selepas Speaker tetap membenarkan slot tersebut untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila beberapa wakil pembangkang membantah tidak puas hati.

Mereka menganggap slot itu sebagai suatu yang luar biasa memandangkan ia tiada dalam aturan mesyuarat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangkit membantah sewaktu Anwar memberikan ucapan.

Dalih Ahli Parlimen Larut itu, slot tersebut sepatutnya dilakukan lebih awal pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Sementara itu, Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin memaklumkan ia satu kejadian luar biasa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai slot diberikan kepada Anwar, sementara perbahasan titah Seri Paduka Baginda sedang berjalan.

Bahkan, Mahiaddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dalam sidang media menganggap slot itu sebagai “kezaliman majoriti”.

“Hanya kerana mereka mempunyai majoriti, mereka melakukan apa yang mereka mahu tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan sejak sekian lama,” katanya yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tiada ulasan: