"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembebasan Mahiaddin berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dibatalkan

Harapandaily

Pembebasan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dari empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Panel hakim sebulat suara dalam keputusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Ogos tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ali dan dianggotai Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy memutuskan pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.

Mahiaddin masih berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas Mahiaddin dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Tiada ulasan: