FMT Reporters
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak asuhan isterinya.
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada tahun lepas.
Katanya, pihaknya menerima laporan pada Rabu mengenai kejadian kanak-kanak itu mendakwa dicabul.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat mengalami kemurungan,” katanya, lapor Berita Harian.
“Dalam pertemuan dengan pegawai perubatan ketika itu, mangsa memberitahu dia telah dicabul oleh suspek iaitu suami kepada pengasuh yang menjaganya.”
Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan