"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS rasa malu susulan statistik polis, kata Puad

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menggesa PAS agar tidak mendiamkan begitu sahaja pendedahan polis berhubung jenayah seks dan narkotik di Kelantan.

Ahli majlis kerja tertinggi Umno, Puad Zarkashi, mendakwa PAS tidak boleh terima apabila Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat mendedahkan statistik.

Puad menarik perhatian kepada teguran Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud, terhadap polis Kelantan atas beberapa kenyataan yang beliau dakwa cubaan memberi gambaran negatif terhadap Kelantan.

“PAS rasa malu. Pada mereka Kelantan ditadbir secara Islam. Mana mungkin jenayah meningkat,” kata Puad di Facebook.

“Sepatutnya PAS jadikan itu motivasi untuk cari formula baiki pentadbiran.”

Pada 17 Apr lalu, Berita Harian memetik Ayob sebagai berkata Kelantan mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia, membabitkan 1,130 kes dalam setiap 100,000 penduduknya.

Pada 9 Apr lalu, Yusoff dilapor bimbang tentang peningkatan kes rogol dan sumbang mahram, yang kebanyakannya membabitkan suka sama suka, serta mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur iaitu seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki.

Beliau berkata sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan sepanjang tahun lalu, berbanding 206 kes pada 2023, lapor Berita Harian.

Keesokannya, Menteri Besar Nassuruddin Daud dilapor berkata kerajaan negeri yang sudah melakukan pelbagai usaha untuk menangani masalah itu, termasuk menganjurkan program berteraskan Islam di sekolah dan masjid, tidak seharusnya dipersalahkan.

Wan Rohimi pula mempertahankan tindakannya, mengatakan beliau menegur penjawat awam.

Tiada ulasan: