"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas disiasat hina Nabi Muhammad, Islam

FMT Reporters

Kertas siasatan akan ditaklimatkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
siasatan mcmc hina nabi.
Lelaki tempatan berusia 63 tahun itu dirakam keterangan oleh SKMM dengan kerjasama IPD Iskandar Puteri.
PETALING JAYA: Warga emas dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana disyaki memuat naik komen penghinaan melampau ke atas Nabi Muhammad dan Islam dalam aplikasi Facebook.

Dalam kenyataan, lelaki tempatan berusia 63 tahun dirakam percakapan dengan kerjasama IPD Iskandar Puteri, Johor, pada 20 April.

Katanya, kertas siasatan tersebut akan ditaklimatkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara maksimum sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

SKMM tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab. Sebarang aduan berkaitan boleh dikemukakan melalui saluran rasmi SKMM di https://aduan.mcmc.gov.my.

Tiada ulasan: