"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar kudung sebelah tangan dan matanya hampir buta akibat eksperimen bahan kimia gagal

Agensi

Beijing: Seorang pelajar di China kudung sebelah tangan dan matanya hampir buta akibat letupan daripada eksperimen bahan kimia yang dilakukannya di rumah.

Kejadian berlaku di kediaman keluarganya di Guangzhou, wilayah Guangdong, 6 April lalu, dengan penduduk blok sama yang dilapor Southern Metropolis News, mendakwa merasa gegaran akibat letupan terbabit.

Remaja berusia 15 tahun itu dikejarkan ke hospital sejurus insiden, manakala pihak berkuasa pengurusan kecemasan tempatan mengesahkan letupan adalah hasil daripada eksperimen bahan kimia yang dijalankannya.

Bapa remaja itu, Huang berkata, kedua-dua mata anaknya cedera teruk sambil menggambarkan kulit di sekeliling mata 'musnah sepenuhnya'.

"Mata kanan anak saya hampir tidak dapat melihat apa-apa, sementara mata kirinya masih berfungsi sedikit.

"Dia dijangka menjalani proses cantuman kulit dan pembedahan pemindahan kornea.

"Akibat letupan itu juga, satu lengan terpaksa dipotong dan dia perlu menggunakan tangan palsu pada masa hadapan," kata Huang yang dilapor SCMP.

Remaja itu adalah pelajar tahun dua sekolah menengah yang belum mempelajari subjek kimia kerana kurikulum itu diperkenalkan pada tahun ketiga.

Namun, disebabkan minat, remaja lelaki itu mempelajarinya sendiri dan kerap meminjam buku kimia daripada perpustakaan selain membeli peralatan serta bahan untuk eksperimen secara dalam talian.

"Dia pernah menjalankan eksperimen di rumah sebelum ini, tetapi kami tidak pernah menjangka ia akan membawa kepada kemalangan ini," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa kediaman tempatan mengumumkan masih menyiasat sama ada letupan itu menjejaskan struktur bangunan kediaman atau tidak.

Jawatankuasa turut menganjurkan derma dalam komuniti untuk menyokong kos rawatan remaja berkenaan.

Tiada ulasan: