"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Wanita disyaki pengedar dadah maut, rakan parah

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
KEADAAN kenderaan dinaiki dua mangsa yang masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN kenderaan dinaiki dua mangsa yang masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. FOTO Ihsan Polis
Alor Setar: Seorang wanita berusia 33 tahun dipercayai pengedar dadah maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku jam 8.20 malam ketika anggotanya sedang melakukan operasi Op Gempur, di kawasan terbabit.

Beliau berkata, sebaik ternampak kenderaan yang dinaiki kedua-dua wanita itu yang dipercayai pengedar dadah dalam keadaan mencurigakan menyebabkan polis mengejar kenderaan terbabit sebelum berlaku kemalangan itu.

"Susulan daripada itu, seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

"Pihak polis juga menjumpai plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 210 gram," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, suspek iaitu pemandu kereta terbabit berusia 37 tahun cedera parah dan hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan rekod narkotik.

Beliau berkata, rakanya pula mempunyai tiga rekod lampau kes narkotik dan satu kes jenayah.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (ADB) 1987.

"Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala rakannya yang parah dirawat di hospital sama. Siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian itu, " katanya.

Tiada ulasan: