Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Gesaan tersebut dibuat oleh ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan - salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf - yang dibebaskan dari tahanan ISA baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, Manohara bertanya apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Sepatutnya, kata beliau, Najib tidak seharusnya mengadakan pertemuan dengan Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali, kerana ianya bercanggah dengan 'Konsep 1Malaysia' yang diilhamkannya. Katanya, jika Umno masih memperjuangkan hak-hak orang Melayu, maka mengapa dibiarkan pertubuhan seperti Perkasa dan yang lain-lainnya tumbuh seperti cendawan, yang secara haram mendakwa memperjuang hak sesuatu kaum. Manoharan berkata, Perkasa tidak boleh dibiarkan terus wujud dengan bertopengkan alasan untuk melindungi orang Melayu sedangkan pertuduhan itu didakwanya tidak ikhlas dalam perjuangannya. Dalam kenyataan itu, ADUN Kota Alam Shah itu juga berkata Hindraf diharamkan tanpa sebarang sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Hindraf hanya memperjuangkan hak kaum India di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kaum India dalam keadaan terdesak dan memerlukan pertolongan. "Integriti dan maruah kaum India Malaysia kini dalam keadaan genting," katanya sambil menambah, kerajaan BN yang Umno menjadi tunggaknya perlu belajar menghormati hak dan hasrat kaum India Malalysia. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Perkasa Wajar DiPerkasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan