Muhammad Yusri Amin | |
KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - PAS Kelantan malam ini mengadakan solat hajat memohon supaya dijauhi penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus merebak. Solat hajat itu diimamkan Adun Demit, Ustaz mohamad Mustafa diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Selain itu solat hajat juga mendoakan Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang akan menjalani pembedahan kanser paru-paru di China esok supaya selamat. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat juga turut mendoakan supaya tuntutan royalti minyak berjaya menjadi kenyataan. "Taklimat khusus berhubung rawatan Adun Galas di China diberikan Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Judoh yang baru pulang dari menziarahi Chek Hashim," katanya di sini. Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob dan pimpinan PAS Negeri serta kawasan dan Dewan-Dewan Negeri. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kelantan solat hajat elak menular selesema babi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan