"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: ISA untuk pemimpin Pakatan Rakyat saja?

Sebelum kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12, saya tidak pernah berpeluang mengenali siapakah dia wanita "besi' bernamaRodziah Ismail.Pertama kali saya bertemu dengannya pada 16 April 2008 di Pejabat SUK, Shah Alam, saya dapat rasakan, dia "down to earth" orangnya. Kami berdua diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid.

Sekadar mengimbau kembali,sebelum kewujudan PR, tiada siapa yang memahami jerih payah mangsa ISA seperti kami.Walaupun dah biasa menerima cemuhan dan penghinaan dari menteri-menteri BN, namun dalam hati ni tetap mempunyai keinginan yang tinggi nak jumpa Menteri Wanita, Datuk Shahrizat, tapi..... punyalah susah nak buat appointment jumpa beliau. Ada-ada saja alasan diberikan supaya kami lupakan saja hasrat tu.Hingga satu ketika,saya terpaksa minta Dr Lo'Lo'(YB),Dr Siti Mariah (YB) dan Ust Nuridah untuk "ambush" Menteri Wanita yang kalah di Lembah pantai pada Yb Nurul Izzah.Itu kisah 4 tahun lalu.Masa dan keadaan politik berubah walaupun saya masih lagi menjadi mangsa ISA.....

Kini, Kerajaan PR Selangor berusaha membantu kebajikan keluarga tahanan ISA dan dimasa yang sama cuba mengubah tanggapan masyarakat yang selama ini "memandang serong" kepada semua tahanan yang ditahan tanpa bicara tersebut. Orang yang paling rapat membantu keluarga mangsa ialah YB Rodziah sendiri. Beliau yang menguruskan lawatan percuma dwi bulanan dari K.L ke Kamunting.

Dan kini, tanpa sebarang sebab dan alasan, tiba-tiba YB Rodziah pula yang dikatakan "mungkin akan di tahan dibawah ISA" hanya kerana beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN bagi penduduk
di Seksen 23, Shah Alam.

Sebagai satu solidariti pada beliau, saya siarkan kembali kenyataan media yang dikeluarkan hari ini ,di ambil dari blog DS Anwar Ibrahim.


Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan
Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:

1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.

2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.

3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.

4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.

5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.

YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor

Tiada ulasan: