"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar dan imam dari negara China hadir majlis aidul fitri Pemuda Pas Kubang Pasu

Majlis Hari Raya Aidul Fitri anjuran Pemuda Pas Kubang Pasu dengan gabungan dua badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis dan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) yang diadakan malam Khamis lalu berjalan lancar dalam suasana harmoni dan ceria.

Di samping pelbagai juadah telah disediakan kepada tetamu, pihak penganjur turut menghadiahkan sebanyak 300 buah tanglung kepada kanak-kanak sempena merayakan sambutan pesta tanglung yang diadakan pada bulan lapan setiap tahun dalam kalender masyarakat Cina

Program tersebut bukan sahaja dihadiri oleh penduduk setempat, malah ia dihadiri oleh 20 orang imam-imam dari negara Cina dan 45 orang pelajar-pelajar dari negara Cina yang menuntut di Kolej Universiti Insaniah Negeri Kedah (KUIN).

Menurut Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail, majlis aidul fitri kali ini disambut serentak dengan pesta tanglung iaitu permainan pelita api ‘tanglung’ oleh kanak-kanak tempatan yang hadir, malah juga disertai oleh pelajar-pelajar dari negara Cina.

Katanya, kebetulan sambutan Hari Raya Aidul Fitri adalah sama dengan pesta tanglung yang diraikan oleh orang berketurunan Cina, maka pihak kami menyediakannya untuk kanak-kanak dari pelbagai kaum yang datang bersama keluarga masing-masing”.

“Kanak-kanak yang hadir pada malam itu begitu gembira kerana ia adalah pertama kali dalam hidup mereka bermain tanglung bersama kanak-kanak berkekuturan Cina, India dan Siam yang hadir, katanya.

Sementara, salah seorang pelajar dari negara China yang hadir, cik Salmiah berkata, pihaknya amat gembira sekali dapat hadir dalam majlis seumpama ini… kerana bukan sahaja dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh umat Islam berketuruan Melayu di negara ini, sebaliknya dapat turut serta secara langsung merayakan bersama –sama.

Katanya, dia dan kawan-kawan semua rasa amat gembira di jemput hadir ke majlis ini kerana dapat makan juadah yang lazat, di samping berpeluang bergaul dan berkenalan dengan rakyat beragama Islam di sini”.

Salmiah mengakui bahawa, cara sambutan Hari Raya Aidul Fitri di negaranya (China) berbeza seperti di Malaysia kerana perayaan ini dirayakan secara bersama… di mana umat Islam berkumpul dalam majlis seperti rumah terbuka, ramai orang datang dan meriah sekali.

“Di negara kami (China) selepas umat Islam selesai solat Aidul Fitri, masing-masing akan pulang ke rumah dan berhari raya bersama keluarga. Hari raya hanya di sambut dalam masa satu-dua hari saja, katanya lagi bila ditanya oleh Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail.

Bagi Siti Aminah pula, dia mewakili rakan-rakan lain mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis dan Pembela yang sudi menjemput mereka hadir ke majlis Hari Raya yang diadakan.

Katanya, “Sejak tinggal di Alor Setar…inilah peluang pertama kali dia (pelajar-pelajar lain) di jemput ke majlis Hari Raya Aidul Fitri oleh penduduk tempatan. Kami amat gembira kerana dapat mengenali masyarakat Islam di sini, di samping dapat makan masakan yang disediakan serta memahami budaya umat Islam di Malaysia”.

“Makanannya pedas…namun ianya amat lazat, saya dapat makan nasi minyak, ketupat dan rendang ayam, katanya gembira.

Siti Aminah juga menambah, kami (pelajar-pelajar) akan datang lagi ke majlis-majlis seperti ini jika di jemput. Kami amat gembira… terima kasih kepada anda (penganjur) yang jemput kami datang ke sini”.

Ibrahim Lai Abdullah, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis pula berkata, dia dan seluruh saudara baru mengucapkan terima kasih kepada Pembela dan Pemuda Pas Kubang Pasu yang sudi mengajak (persatuan) menganjurkan program ini secara bersama.

Katanya, kerjasama oleh Pemuda Pas dan Pembela cukup baik. Semua saudara baru rasa puashati dan gembira”.

“Sejak menjadi Pengerusi persatuan inilah pertama kali dapat adakan rumah terbuka secara besar-besaran. Ramai saudara dapat datang termasuk dari Perlis, Sungai petani dan Bukit Mertajam. Mereka tahu apabila baca dalam surat khabar Sinar, katanya.

Katanya, lebih syok lagi bila Pembela hadiah tanglung kepada kanak-kanak. Saya nampak yang hadir berebut-rebut ambil tanglung dari Setiausaha Agung Pembela. Ini tandanya bahawa umat Islam dah tahu mana satu perayaan keagamaan dan budaya oleh orang-orang Cina, khususnya yang bukan Islam lagi”.

“Kami harap tahun depan di jemput lagi untuk sama-sama anjurkan program seperti ini supaya saudara baru tidak rasa disisih oleh umat Islam lain, katanya lagi.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: