"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagan Pinang: Tentera wajar ambil iktibar insiden di Thailand / UBN Najib Altantuya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Tindakan tentera Thailand di bawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengulingkan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 wajar diambil iktibar oleh anggota tentera Malaysia.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS tidak menyeru anggota tentera merampas kuasa, tetapi tentera Malaysia wajar mempelajari insiden itu dengan sebaiknya di mana tentera di sana telah menolak pemimpin rasuah.

Penolakan calon dan pemimpin yang bergelumang dengan rasuah lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh pihak keselamatan seperti angkatan tentera akan memberi 'signal' dan petanda serta isyarat paling jelas buat pengundi dan rakyat betapa amalan rasuah amatlah hina dan tidak wajar diamalkan dalam masyarakat.

Katanya, dalam pilihan raya Bagan Pinang, calon BN Tan Sri Isa Samad mempunyai rekod rasuah dan telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno setelah didapati merasuah perwakilan bagi merebut jawatan Naib Presiden pada 2004.

"Thaksin yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah telah ditolak oleh tentera, maka wajarkah Isa yang sudah dibuktikan bersalah diundi oleh tentera di Bagan Pinang,

"Sebagai anggota keselamatan negara, tentera bukan sahaja wajib melindungi rakyat dari serangan musuh dari luar. Tentera wajib melindungi rakyat dari penguasaan pemimpin yang korup,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Oleh itu, katanya, PAS mengajak tentera di Malaysia khususnya di Bagan Pinang untuk melihat tindakan tentera Thailand itu sebagai satu cabaran buat mereka merubah landskap politik negara ke arah kepimpinan bersih dan beramanah serta tidak bergelumang dengan rasuah.

"Kita (PAS) menyeru agar anggota tentera mengunakan kuasa undi mereka untuk membuat perubahan dan menolak pemimpin korupsi yang ditawarkan oleh BN,"tegasnya.

Tiada ulasan: