"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banyak lagi papan poster fitnah BN tidak dibuang / Nizar / PKFZ

Harakahdaily
TELOK KEMANG, 8 Okt: PAS mendapati pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menurunkan sedikit sahaja kain rentang dan papan poster Barisan Nasional (BN) yang bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

Namun, SPR sangat aktif menurunkan banner dan kain rentang berlambangkan DAP dan PKR padahal tidak ada peruntukan yang jelas dalam peraturan kesalahan-kesalahan dalam pilihan raya.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pihaknya mendapati hanya beberapa papan poster BN yang telah dibantah, dibuang oleh SPR.

Sebelum ini, Firdaus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan tegas terhadap poster-poster gergasi yang diangapnya memfitnah PAS.

Menurut beliau, banyak poster gergasi telah dipasang dengan perkataan 'Jangan Terpengaruh Dengan PAS' dan pelbagai poster yang berbentuk fitnah dan berniat jahat dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang kali ini.

Image(Gambar:Papan pemidang yang disahkan salah ini banyak lagi yang tidak diturunkan olehg SPR di Bagan Pinang)

Beliau yang menghubungi Siasah berkata SPR sepatutnya mengambil tindakan tegas dibawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR ini.

Firdaus juga mendesak SPR supaya mengambil tindakan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah membantu Barisan Nasional (BN) untuk memasang poster-poster gergasi dan besar ini.

"Sepatutnya PBT ini tahu apa tugas dan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya yang diadakan. Sebagai sebuah PBT mereka bersama-sama dengan SPR tidak harus berpihak kepada mana-mana parti supaya pilihan raya ini tidak dicemari dengan sikap tidak telus dan adil yang diamalkan oleh mereka dalam menangani masalah ini.

"Jika SPR menetapkan peraturan maka BN juga harus mengikuti peraturan tersebut. Bukan hanya di pihak Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan PBT. Mereka harus bersikap profesional dalam melaksanakan tugas mereka di Bagan Pinang."

Ekoran bantahan itu, SPR telah menurunkan beberapa papan poster BN itu namun tidak semua yang dibuang.

Sebaliknya, banyak poster, bendera dan kain rentang yang berlambangkan roket DAP dan PKR yang dibuang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sekiranya tindakan tidak diambil segera oleh SPR dan PBT dalam menurunkan poster-poster gergasi dan besar yang berbentuk fitnah dan jahat ini, Pemuda Pakatan Rakyat akan bertindak dengan menurunkan poster-poster tersebut dengan cara mereka sendiri.

Tiada ulasan: