Abdul Aziz Mustafa | |
BAGAN PINANG, 10 Sept: Kewujudan nama pemilih awam yang juga wujud dalam senarai pengundi pos di Bagan Pinang dibimbangi membuka ruang kepada pakatan jahat yang selama dibangkitkan berulang kali, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Di dalam daftar pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terdapat lebih 250 pengundi pos yang juga tersenarai sebagai pengundi awam di tempat lain, walaupun tidak disenaraikan di Bagan Pinang. "Mereka mungkin pesara tentera yang telah pun mendaftar sebagai pengundi awam di tempat mereka masing-masing," katanya. Mahfuz bimbang wujudnya pakatan jahat di mana pihak lain yang mengundi untuk mereka jika mereka tidak datang mengundi memandangkan mereka sudah berpindah dan tidak lagi berada di Bagan Pinang. "Amat sukar untuk menolak kewujudan pakatan jahat itu dengan mengambilkira pengakuan begitu ramai bekas tentera bahawa mereka pernah diarahkan memangkah Barisan Nasional (BN) pada kertas undi anggota-anggota tentera yang lain," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz mengaitkan pengakuan-pengakuan tersebut dengan trend di Kuala Lumpur di dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu di mana kesemua kerusi Parlimen di situ dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) kecuali kerusi Parlimen Setiawangsa. "Mengapa Setiawangsa dimenangi BN ketika semua kerusi lain di Kuala Lumpur dimenangi oleh PR? "Semua pihak mengaitkannya dengan kewujudan lebih 26 peratus oengundi pos di situ," kata beliau. Persoalannya, kata beliau, benarkah kesemua pengundi pos di Setiawangsa itu mengundi sendiri atau ada pihak lain yang diarahkan memangkah BN pada kertas-kertas undi mereka sebagaimana yang didedahkan oleh pesara-pesara tentera itu? "Begitu juga di Bagan Pinang. PAS bimbang kemungkinan pakatan jahat yang sama berlaku," kata Mahfuz. Beliau yakin kewujudan nama pengundi pos yang sama dengan nama pengundi awam di tempat lain itu berlaku kerana pengundi-pengundi pos yang telah bersara mendaftar sebagai pengundi awam di tempat lain. "Soal sama ada pertindihan berlaku dalam kawasan Bagan Pinang juga atau tidak bukan isunya. "Isunya mengapa nama pengundi pos berkenaan juga terdapat dalam senarai pengundi awam di tempat lain?" beliau mempertikaikan. Sepatutnya, kata Mahfuz, apabila seseorang pengundi pos telah bersara dan tidak sepatutnya lagi menjadi pengundi pos, nama mereka hendaklah dikeluarkan dari senarai pengundi pos yang berkenaan. "Tetapi apa yang berlaku, nama mereka tetap tersenarai sebagai pengundi pos walaupun mereka telah mendaftar sebagai pengundi awam di tempat masing-masing," kata beliau. Ditanya apakah penyelesaian kepada pelbagai misteri yang berlaku dalam senarai pengundi pos itu, Mahfuz mengulangi tuntutan Bersih supaya undi pos dimansuhkan kecuali bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
PAS bimbang kalau-kalau ada konspirasi undi pos / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan