"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PENGALAMAN DIBELASAH / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Wawancara wartawan Harakah, FAIZ ABDULLAH dengan Mohd Sahid Mohamad, 27, yang dipercayai dibelasah oleh petugas Umno, beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Bagan Lalang

Bagaimana kejadian ini berlaku?

MOHD SAHID: Saya mendapat panggilan dari petugas bahawa seramai 100 Pemuda Umno menganggu dua petugas parti di Markas Pemuda PAS di Taman Dato' Hj Abdul Samad. Saya mendapat tahu mereka mahu kami membuka khemah yang dipasang.

Sejurus sampai di tempat kejadian, saya dapati keadaan tegang. Sebaik turun motosikal, saya minta penjelasan daripada salah seorang Pemuda Umno di situ, mengapa mereka meminta kami membuka khemah tersebut.

Tanpa memberi penjelasan, mereka secara tiba-tiba menyerang dan membelasah saya.

Berapa ramai yang menyerang saudara?

Rasanya hampir 30 orang. Tapi saya jangka ada 100 orang di situ.

Siapa yang menyelamatkan saudara?

Salah seorang pemimpin cawangan Umno setempat datang menyelamatkan saya dari terus dipukul. Beliau menahan sebuah kereta yang dipandu seorang muslimat, dan muslimat itu membawa saya ke hospital.

Tiada ulasan: