"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salah Baca al-Quran Di Kem Tentera? / UBN Najib Altantuya

Zolkharnain Abidin

“Kita dapat laporan, (mereka buat) majlis baca Yasin, al-Quran dan (membuat) tuduhan, mereka menuduh kita rasuah duit juga (kepada pengundi). Saya dengar dan sedang siasat. Selalunya bila mereka tuduh kita, rupa-rupanya itulah perancangan mereka.” “…berapa banyak PRK sebelum ini dimana agama digunakan, isu-isu perkauman digunakan (semasa kempen), tuduhan-tuduhan yang melulu terhadap pemimpin dan BN…”

Petikan kenyataan Hishammuddin di atas boleh didengar di sini.

Macam biasa, inilah modal politik pemimpin Umno seperti Hishammuddin. Rasanya, ada lagi pemimpin Umno yang sependapat dengan Naib Presiden Umno ini. Kata meraka, “Jangan guna agama untuk kepentingan politik.”

Saya sebenarnya kurang faham dengan kenyataan sebegitu, apa maksudnya? Yakni, pertama, apa maksud jangan guna agama untuk kepentingan politik versi Hishammuddin itu? Kedua, adakah salah menggunakan agama untuk kepentingan politik?

Menurut Hishammuddin, seseorang itu dikira menggunakan agama untuk kepentingan politik apabila:

  • Dia membaca ayat al-Quran dalam ceramah politik atau kempen pilihanraya.
  • Dia menyebut mengenai dosa dan pahala dalam ceramah politik atau kempen pilihanraya.
  • Dia menyebut mengenai syurga neraka dalam ceramah politik atau kempen pilihanraya.
  • Dia menganjurkan majlis baca Yasin atau baca al-Quran semasa kempen pilihanraya.
  • Dia menyebut parti politik itu bersalah dari sudut agama kerana rasuah misalnya.
  • Dia menyebut parti itu bukan parti Islam kerana memang parti itu bukan parti Islam.

Dan banyak lagi…

Politik adalah salah satu juzuk Islam. Sesiapa yang meyakini bahawa politik tiada kena mengena dengan Islam atau politik bukan satu juzuk daripada Islam, keyakinan itu sangat berbahaya.

Berceramah, berkempan, mengeluarkan risalah, menerbitkan akhbar, berkunjung dari rumah ke rumah adalah aktiviti politik. Dari sudut Islam semua itu tidak salah.

Sebagaimana politik, ekonomi dan pendidikan misalnya adalah termasuk juzuk-juzuk Islam juga. Dalam ekonomi misalnya, ada ceramah, kempen, terbitkan risalah, berkunjung dari rumah ke rumah macam politik juga.

Penceramah ekonomi akan membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya. Tujuannya ialah untuk menyokong hujjah ekonominya. Tiada siapa yang berkata baca ayat al-Quran dalam ceramah ekonomi adalah salah.

Saya yakin, Hishammuddin tidak akan menganggap salah orang yang baca al-Quran dalam majlis ceramah ekonomi. Kerana, ekonomi sebahagian daripada Islam.

Kalau boleh baca ayat al-Quran dalam majlis ekonomi, maka apa salahnya membaca al-Quran dalam majlis politik. Kalau ekonomi juzuk Islam, politik juga juzuk Islam.

Bolehkah kita berkata, salah membaca al-Quran dalam majlis ekonomi kerana menggunakan agama untuk kepentingan ekonomi? Atau, salah baca al-Quran dalam majlis pendidikan kerana menggunakan agama untuk kepentingan pendidikan? Salah membaca al-Quran dalam ceramah ketenteraan kerana menggunakan al-Quran untuk kepentingan ketenteraan?

Tak tahulah pula kalau mengikut versi Hishammuddin, al-Quran hanya boleh dibaca ketika musabaqah saja.

Oh ya, apa salahnya Gobala baca al-Quran. Sila baca, "Kalau Kita Bodoh Jangan Halang Orang Lain Jadi Pandai

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: