Khairul Azlam Mohamad | |
PORT DICKSON, 8 Okt: Media Barisan Nasional (BN) selalu sahaja melaporkan kononnya majlis anjuran PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tidak mendapat sambutan. Namun mereka tidak pernah melaporkan bagaimana kosongnya majlis yang dihadiri oleh pembesar BN hatta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri. Apatah lagi majlis yang dibuat oleh para pemimpin lain di Bagan Pinang ini. Ini dapat dilihat di Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana, pada 28 September lalu. Namun, banyak kerusi kosong yang menyambut ketibaan Timbalan Presiden Umno itu di dalam ruang yang begitu besar itu. Ada yang berkata, ia berlaku kerana majlis beliau diboikot oleh penduduk Bagan Pinang dan ada juga yang berkata majlis tidak mendapat kerjasama penuh badan-badan kerajaan di bawah kerajaan negeri sembilan. (Gambar: Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pentas utama di Majlis Pecah Tanah) (Gambar: Kerusi sahaja yang memenuhi majlis yang dihadiri oleh Muhyidin ini) Ini kerana, menjadi rahsia umum, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan tidak berapa senang dengan calob Umno di Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad. Ini jelas sekali berdasarkan sepanduk yang dinaikkan di Bagan Pinang yang menurut sumbernya dinaikkan oleh BN negeri. (Gambar:Siapa yang bertanding di Bagan Pinang ini? Mohamad Hassan ke Mohamad Isa?) Hanya gambar Perdana Menteri dan MB Negeri Sembilan sahaja yang ada digambar itu sehingga ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bertanding di Bagan Pinang ini. Mana pergi muka Tan Sri Isa. Menurut sumber, Mohamad Hassan bimbang kalau-kalau kemenangan Isa akan menyebabkan kedudukan beliau tergugat. Lagipun, beliau tidaklah rapat sangat dengan pucuk pimpinan Umno sekarang kerana dia lebih rapat dengan Tun Abdullah Badawi. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Hanya kerusi yang penuh di majlis Muhyidin / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan