Ali Hashim | |
TASEK GELUGOR, 6 Okt: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya menimbulkan isu Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai satu modal terdesak dalam menghadapi pilihan raya kecil di Bagan Pinang. Menurut Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkiply Ishak, Shabudin menimbulkan isu untuk melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya kecil tersebut. "Apa yang menjadi tanda tanya kenapa Shabudin tidak melepaskan jawatan tersebut setelah ada penggantinya seperti yang didakwa iaitu Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Elyas Zakaria sejak Ogos yang lalu. "Apakah agenda beliau menimbulkan isu ini pada waktu ini sedangkan beliau terlebih maklum mengenainya sekiranya ia benar. "Secara gentleman beliau harus melepaskan jawatan tersebut sejak Ogos yang lalu. Tapi kenapa sehingga sekarang beliau masih mendakwa sebagai YDP MAIPP sehingga Disember ini. Kita sendiri masih meragui dakwaan beliau tersebut." Shabudin yang juga Ketua Umno bahagian Tasek Gelugor mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng tidak berterus terang dalam isu ini kepada PAS mengenai perkenan Yang Di-Pertuan Agong berkaitan nama baru YDP MAIPP. Zulkiply (gambar) juga menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang mendakwa supaya YDP MAIPP tidak diwakili oleh mana-mana orang politik untuk menerajuinya. "Saya ingin bertanya kepada Datuk Zainal apakah selama ini Shabudin yang juga ketua Umno bahagian Tasek Gelugor itu bukan orang politik yang menerajui kerusi YDP MAIPP. "Apakah apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri maka baru mahu dibuat saranan supaya ianya tidak diterajui oleh orang politik. "Kenapa pelantikan ini tidak dibuat dikalangan orang bukan politik semasa Umno dan BN menguasai Pulau Pinang sebelum ini,"katanya lagi. Isu siapa yang menjadi YDP MAIPP telah ditimbulkan oleh Shabudin semasa sidang media di majlis rumah terbuka Aidilfitri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob yang telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor baru-baru ini. SPR diminta turunkan poster fitnah Sementara itu di BAGAN PINANG, Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan tegas terhadap poster-poster gergasi yang diangapnya memfitnah PAS. Menurut beliau, banyak poster gergasi telah dipasang dengan perkataan 'Jangan Terpengaruh Dengan PAS' dan pelbagai poster yang berbentuk fitnah dan berniat jahat dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang kali ini. Beliau yang menghubungi Siasah berkata SPR sepatutnya mengambil tindakan tegas dibawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR ini. Firdaus juga mendesak SPR supaya mengambil tindakan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah membantu Barisan Nasional (BN) untuk memasang poster-poster gergasi dan besar ini. "Sepatutnya PBT ini tahu apa tugas dan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya yang diadakan. Sebagai sebuah PBT mereka bersama-sama dengan SPR tidak harus berpihak kepada mana-mana parti supaya pilihan raya ini tidak dicemari dengan sikap tidak telus dan adil yang diamalkan oleh mereka dalam menangani masalah ini. "Jika SPR menetapkan peraturan maka BN juga harus mengikuti peraturan tersebut. Bukan hanya di pihak Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan PBT. Mereka harus bersikap profesional dalam melaksanakan tugas mereka di Bagan Pinang." Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sekiranya tindakan tidak diambil segera oleh SPR dan PBT dalam menurunkan poster-poster gergasi dan besar yang berbentuk fitnah dan jahat ini, Pemuda Pakatan Rakyat akan bertindak dengan menurunkan poster-poster tersebut dengan cara mereka sendiri. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
YDP MAIPP: Shabudin cuba lagakan Pakatan / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan