Azamin Amin | |
TELOK KEMANG, 8 Okt: Jika mana-mana anggota keselamatan terdiri daripada tentera ataupun polis yang dikenakan 'hukuman' oleh kerajaan kerana mengundi PAS, sayap Pemudanya memberi jaminan akan membela dan mencabar tindakan tidak demokratik itu di Mahkamah kelak. Melalui Ketua Pemudanya, Ustaz Nasruddin Tantawi menyatakan bahawa barisan 'Pahlawan' negara ini mestilah berani membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang adil dan terbaik buat mereka di DUN Bagan Pinang. "Kita sudah sepakat akan membela mana-mana tentera dan polis yang dikenakan tindakan kerana mengundi kita dan akan menyediakan barisan peguam yang terbaik dan khidmat diberikan adalah percuma! "Tentera dan polsi adalah pahlawan sebenar dan tunuukkan keberanian anda. JIka adnda takut apatha lagi rakyat. Pastikan kita tidak memilih pemimpin yang terpalit rasuah!" katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Pentas Pemuda Pakatan Rakyat di Telok Kemang jam 9.30 malam semalam yang turut dihadiri oleh lebih 200 masyarakat setempat khususnya daripada kaum tion hua. Turut serta berkongsi pentas ceramah dengan beliau ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nai Chi, Naib Pemuda KeADILan Khairul Anuar Zainuddin dan Ketua Angkatan Pemuda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin. Hadir sama memberi sokongan ialah Speaker Perak V Sivakumar, namun tidak menyampaikan ucapan tetapi menarik perhatian hadirin kerana memakai t-Shirt berlambang Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Mengagumkan pada malam itu, hasil kutipan tabung untuk jentera pilihan raya Pakatan Rakyat cukup menggalakkan apabila berjaya mengutip sejumlah RM820.00 daripada hadirin yang hadir. Dalam pada itu, Nasruddin turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memanipulasi undi pos yang berjalan hari ini dan esok untuk bersiap menghadapi tindakan undang-undang daripada PAS dan Pakatan Rakyat. "Kita sudah pasang perisik kita dalam kem tentera. Jika ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan undi pos nanti, kita akan dapatkan buktikan dan cabar di mahkamah," katanya disambut gemuruh oleh para penyokong yang hadir. Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa undi pos Pemuda PAS Suhaizan Kayat memberitahu bahawa terdapat pengakuan dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa dia terpaksa memangkah kertas undi mengikut arahan pegawainya. Pengakuan itu dibuat ketika wakil PAS menemui Abdul Aziz pada 28 Ogos lalu. Suhaizan memberitahu pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah. Selain itu dalam ceramahnya, Nasruddin membidas tindakan Umno berkempen di dalam kem tentera sevaliknya parti PAS dan calonnya dilarang berbuat demikian atas faktor keselamatan. Inilah katanya tidakan 'desperate' dan tertekan Umno dimana parti itu boleh lakukan sebaliknya Pakatan Rakyat dikenakan dengan pelbagai halangan dan larangan sekaligus membuktikan Umno sebuah parti yang tidak demokartik. "Saya berharap para pengundi Bagan Pinang akan membuat keputusan yang bijak untuk memilih pemimpin yang tidak rasuah tetapi pilih pemimpin yang ada intergriti "Bagi Umno,ISa Samad hanya menyalahi etika tetapi tidak melakukan jenayah. Inilah pendirian yang dipegang oleh Umno dan Najib telah membersihkan ISa dengan alasannya. "Bagaimana kita nak jamin pemimpin yang terpalit rasuah ini untuk menguruskan wang rakyat dan harta kerajaan jika dipilih?" katanya yang menjadi pembuka mula ceramah pada malam itu. Hari ini dan esok berlangsungnya proses unid pos di Pusasda yang melibatkan sejumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih yang akan membuang undi pada 11 oktober ini. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: 'Pahlawan' dibela jika kena tindakan - Pemuda PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan