Saiful, Kuala Lumpur. | |
Kalau betullah Azeez dikasari oleh lebih 9 orang dan menerima lebih daripada 20 tumbukan seperti yang didakwa, dia sepatutnya diusung keluar dengan 'stretcher' dan bukan berjalan berlenggang seperti dalam gambar. Sekarang ini pun, di media arus perdana, sudah kedengaran suara bernada ugutan dari pemimpin-pemimpin Umno yang mereka tidak akan berdiam diri, tidak akan terus bersabar dsb.Cerita ini sengaja diada-adakan untuk mempersiapkan minda pengundi Bagan Pinang menerima apa juga tindakan menyerang balas yang akan diambil oleh samseng-samseng Umno dari hari ini hingga selesai pengumuman keputusan PRK 11 Oktober nanti. Inilah taktik yang digunakan oleh Israel untuk menyerang Hamas dan Hizbullah. Hebohkan awal-awal kepada dunia bahawa mereka dulu yang menjadi mangsa 'keganasan' dua kumpulan pejuang itu untuk memberi justifikasi kepada mereka bertindak balas secara tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin Jangan lupa. Di belakang Umno/BN ialah firma perhubungan awam Yahudi yang menasihati mereka bagaimana hendak mengalahkan parti lawan tanpa kira dosa pahala, halal haram. Dulu, tahun 1970'an, mereka gunakan firma Yahudi Satchi & Satchi. Sekarang mereka gunakan khidmat APCO pula. Dulu kumpulan samseng Umno ini dikenali sebagai 'Pemuda Tahan Lasak' tapi sekarang tak tahulah apa pula nama mereka. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Dakwaan Azeez bagaikan taktik Israel
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan