"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Undi pos itu nak poskan ke mana? / UBn Najib Altantuya

DINSMAN


Ya, undi pos

Tuan-tuan dan puan-puan apa itu undi pos?

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan apa itu undi pos?

Undi pos ialah undi istimewa bagi orang-orang yang

disebabkan tugas dan kerjanya mereka tak dapat hadir

ke tempat mengundi dalam kawasan di mana

pilihan raya diadakan



Mereka itu adalah orang-orang pemastautin di sini

Mereka punya hak menentukan siapakah wakil mereka

Membawa suara mereka ke Parlimen, Dewan Undangan Negeri

Bukannya mereka itu musafir di sini tetapi pemastautin

Tuan-tuan dan puan-puan faham apa makna pemastautin?

Bukan sekadar kem tempat bertugas mereka di sini

Tetapi ini adalah kampung halaman mereka


Mereka tak boleh balik ke kampung halaman mereka

yang sedang mengadakan pilihan raya, kerena mereka sedang

bertugas di suatu tempat yang jauh di luar kawasan mengundi

Mereka tak boleh balik mengundi pada hari mengundi di jalankan


Mereka tak boleh balik ke sini

Kerana mereka sedang bertugas di tempat lain, faham?

Bukan bertugas di sini, faham?


Kerajaan yang demokratik yang adil yang Islami

Menyediakan kemudahan mengundi khas untuk mereka

Menjaminkan keadilan untuk hak dan suara mereka

Itulah maknanya undi pos


Bukan undi oleh orang musafir

Sama ada askar atau polis atau kakitangan kerajaan

Yang sedang berada dalam kawasan mengundi

Kalau dia sedang berada dalam kawasan mengundi

Mengapa nak poskan undi?

Nak poskan ke mana undi tu?


Pangkah di sini

Masukkan dalam kotak undi di sini

Habis di sini!

Orang mengira jumlah undi pun di sini

Menentukan siapa menang siapa kalah, pun di sini

Nak poskan ke mana lagi?


Yang sebenarnya tak perlu pun

Negara yang dah maju seperti Malaysia ini

Tak perlukan lagi undi pos itu

Tak ada sebab pun lagi nak buat undi pos

Tak ada sebab pun. Faham?


Satu-satunya sebab mengapa mereka bermati-matian

mempertahankan juga supaya undi pos terus diadakan ialah

kerana mereka hendak menggunakannya memanipulasikannya

bagi memenangkan calon mereka dengan cara yang tidak demokratik

Tuan-tuan faham maksud tidak demokratik?

Undi-undi pos itu bukan pilihan bebas para pengundi berkenaan

Tetapi ia boleh ditentukan oleh pihak atasan mereka

Kerana proses mengundi itu tidak dijalankan secara bebas

sepertimana proses biasa yang dibuat di depan pemerhati dari

wakil-wakil pihak parti yang bertanding


Mengapa ia tidak dijalankan secara demokratik biasa?

Mengapa mereka menolak kehadiran pemerhati?

Kerana mereka hendak memanipulasi, memastikan

undi pos semuanya untuk menangkan calon mereka

Bukankah itu satu penipuan?

Bukankah itu namanya menipu rakyat?

Bukankah itu namanya menindas rakyat?

Bukankah itu namanya mereka zalim?

Bukankah itu namanya mereka jahat?

Bukankah itu namanya mereka melakukan dosa?

Orang berdosa tempatnya di mana?


Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita berdoa

Ya Allah Tuhan Maha Adil Maha Berkuasa

Tolonglah kami bantulah kami, bagi menegakkan agama-Mu

di atas bumi-Mu yang subur dengan Rahmat dan Nikmat-Mu ini

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: