"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Kulim Bandar Baharu dicabar kosongkan kerusi

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (bawah) hari ini mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu meletakkan jawatan kerana “mengambil kerusi yang bukan miliknya”.

wan azizah“Petang ini saya cabar Zulkifli letak jawatan. Kalau hendak lawan, kalau hendak kritik, kritiklah (pihak) lawan, bukan kawan.

“Ini isu disiplin parti, bukan isu Islam,” katanya ketika menyampaikan amanat dalam konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Selepas dipecat daripada PKR semalam, Zulkifli - yang didapati bersalah membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad - enggan merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.
Peletakan jawatan Zulkifli semalam menjadikan jumlah ahli parlimen PKR yang meletakkan jawatan sebanyak empat orang dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

“Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tingglkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya,” katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: