Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata sebelum ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api.
Amir bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.
Pada 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.
Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.
Bernama juga melaporkan seorang kakitangan Istana Kelantan ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.
Laporan sebelum ini menyebut, seorang suspek warga tempatan berusia 40 tahun ditahan bagi siasatan yang sama.
Sementara itu, seorang daripada anak Allahyarham -- Muhammad Faris berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan selewat-lewatnya malam ini.
"Saya sedih juga. Saya rasa saudara pun tahu bagaimana rasanya (jika kehilangan ayah)."
Katanya, jenazah bapanya itu akan disemadikan di perkuburan Islam Kampung Kok Keli, Tumpat.
Difahamkan jenazah allahyarham akan dikafankan di hospital dan akan dibawa ke Masjid Muhammadi untuk solat jenazah.
Setakat petang tadi, jenazah Ramli masih berada di HRPZII untuk bedah siasat.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan