"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Campurtangan politik, RTM diberi memo protes

Lebih 100 orang yang kebanyakan mereka warga emas dan pelajar hari ini membuat protest terhadap RTM berhubung apa yang mereka dakwa sebagai campur tangan politik dalam media.

Lima perwakilan mereka yang diketuai oleh Penyelaras, Kumpulan Bertindak Media 528, Ng Yp Hwa menyerahkan memo bantahan kepada pegawai khas ketua pengarah, penyiaran, Hafizal Hamad, di pagar utama Angkasapuri.

Kumpulan itu termasuk ahli daripada Writer's Alliance for Media Independence dan Centre for Independent Journalism.

Mereka tiba dengan bas dan perkhidmatan keretapi Komuter pada jam 11 pagi sambil membawa kain rentang yang antaranya berbunyi “Bebaskan media” dan “Hentikan campurtangan politik”.

Setelah memorandum empat perkara yang antara lain meminta RTM memastikan stesen kerajaan itu mematuhi piawaian profesionalisme dan berlaku adil, berlakunya pertengkaran kecil.

Ia bagaima
napun berjaya diselesaikan dengan rundingan oleh Supt Azri Abd Rahman dari balai polis daerah Brickfields yang ditugaskan memantau keadaan.

Sehelai kain rentang dirampas dan kumpulan berkenaan bersetuju bersurai secara aman pada kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut Azri, tugasnya adalah untum memastikan penyerahan memonradum berkenaan dijalankan secara teratur dan aman.

“Tetapi saya tidak akan benarkan demonstrasi di sini, mereka tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 28 April lalu, menerusi blognya, penerbit dokumentari rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2, Chou Z Lam mendakwa rancangan sembilan bahagiannya itu mengenai 'Empangan Bakun' diarah digugurkan.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei lalu.

Berikutan pendedahan itu pada 13 Mei lalu, khidmat Chou dengan stesen TV kerajaan itu ditamatkan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: