"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banduan Nombor 325401: BUNG Mukhtar!

dewa
Bung Mukhtar disabitkan dengan hukuman penjara sebulan kerana berkahwin dua tanpa izin mahkamah. Masih teringat betapa tertuduh dalam kes pembunuhan kejam Norita, Hanif Basri yang mendabik dada mengaku berzina dengan Norita tetapi tidak didakwa pun di mahkamah.

Begitulah UMNO-Apco yang sibuk mendakwa kononnya airmani Anwar ada di bontot Saiful sedangkan Hanif yang mengaku zina relax-relax saja tak didakwa. Berdozen rakaman lucah video Melayu pun UMNO-Apco relax saja. TERKINI! Bung pula disabit.. Berapa lama BUNG akan dipenjara sebenarnya??

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

2010/05/19
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat. -tamat-

INI semua iklan sahaja. Sekalipun BUNG disabit penjara sebulan, lepas minta penangguhan hukuman dan selepas rayuan dibuat, rasanya kena bayar denda sahaja.

BUKANKAH UMNO-Apco itu kebal selama ini. Kui Kui..

Nak kawin 4 pun boleh, ikutlah peraturan dan prosedur..

Tiada ulasan: