"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Letak Anak Dalam MIC, Samy Vellu Umum Letak Jawatan

SHAH ALAM, 18 MEI: Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan meletak jawatan yang disandangnya selama 31 tahun dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh penggalnya berakhir 21 Mei tahun depan.

Mengulas hal ini, bekas Naib Presiden MIC, SS Subramaniam yakin Samy Vellu membuat keputusan sedemikian, hanya selepas memastikan kepentingan dalam MIC terus terpelihara.

"Dia (Samy Vellu) sudah masukkan anak dia dalam MIC. Ini, saya rasa untuk jaga kepentingan dia. Apapun, kami alu-ali keputusan ini. Sudah lama sangat," katanya kepada TV Selangor, malam ini.

Mengikut laporan Malaysian Insider, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah dimaklumkan mengenai hal ini.

Samy Vellu berkata beliau tidak akan memegang jawatan ini walaupun sehari lagi apabila tempoh berkenaan berakhir.

"Saya tidak akan tunggu walaupun sehari," Samy Vellu dipetik berkata.

Samy adalah Presiden MIC paling lama dalam sejarah dan memegang jawatan ini sejak 1979 bersamaan 11 penggal.

Beliau juga adalah anggota Kabinet paling lama sebelum tidak terpilih dalam Kabinet baru berikutan tewas pada pilihan raya umum 2008.
-tvselangor-

1 ulasan:

puspawangi berkata...

boleh percaya ke ni?? ke dia nak orang pujuk dia?