"Pemangku Raja Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap polis dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.
"Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) yang bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik," katanya di Rumah Mayat HRPZII di Kota Bharu.
Ramli meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HRPZII kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.
Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.
Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.
Be
Abdul Halim berkata, pakar forensik dijangka tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 3 petang ini untuk melakukan bedah siasat ke atas jenazah.
"Jenazah Allahyarham akan dikafankan di hospital dan akan dibawa ke Masjid Muhammadi untuk solat jenazah dan dijangka akan dikebumikan di kampung Allahyarham di Kampung Kok Keli, Tumpat selepas solat Asar," katanya.
Beliau berkata, ketika Ramli menghembuskan nafas terakhir, semua ahli keluarga iaitu isteri Allahyarham Maznah Mustafa dan lima anaknya ada bersama di sisinya.
Katanya, Pemangku Raja Kelantan sempat menziarahi Allahyarham di hospital itu pada jam 11 malam tadi dan telah memberikan kata-kata nasihat kepada keluarga Allahyarham.
Semalam, baginda menghulur sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Allahyarham sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.
Allahya
Sementara itu, seorang anak Allahyarham, Mohd Faris, 19, juga meminta polis mempercepatkan siasatan terhadap kes membabitkan kematian bapanya itu.
"Kami amat bersedih atas apa yang berlaku terhadap bapa kami dan berharap pihak polis dapat mempercepatkan siasatan," katanya.
Abang Allahyarham, Mejar (B) Azmi Mohamad, 54, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu Allahyarham sehingga menghembuskan nafas terakhirnya itu.
"Ini adalah takdir dan kami menerimanya dengan reda apa yang berlaku," katanya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan