Kita akan terkejut bila membaca kata-kata aluan Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce, seperti diberikan oleh
The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.
Terjemahan bebasnya: Pengisytiharan terbuka Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia bahawa negara mereka bercadang untuk mengadakan hubungan ekonomik adalah merupakan petanda baik dalam pembangunan perdagangan dengan benua itu (Asia).
Apakah benar pengisytiharan telah dibuat oleh PM kita dan Datuk Seri Mustapa Mohamed? Kalau tidak benar, kerajaan Malaysia perlu menafikannya secepat mungkin. Pelik juga, takkanlah Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade menjadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Kiranya benar, sampai hati kita berniaga dengan penjajah negara Palestin yang telah mengganyangkan dan mengazab saudara kita sejak 1948. Seolah wang lebih penting dari darah dan maruah. Apakah ini sudah di bahaskan dan persetujui oleh Parlimen? Atau terpaksa kerana untuk melindungi kudis-kudis tertentu.
Ulasan: Nampaknya satu demi satu prinsip dan jajahan milik kita di korbankan semata-mata untuk melindungi kudis itu. Sampai bilakah kita perlu melindunginya? Kalau rakyat kita menjadi begitu teliti dalam memilih, negara ini tak akan terjajah di tengah-tengah kemerdekaan.
1 ulasan:
Kalau tak sungguh takkan israel itu tergila-gila nak cakap begitu....apa sangat lah hebatnya negara ini......
Nampak gayanya rakyat negara semakin hari semakin dibodohkan oleh celaka-celaka ini.
Agama Islam terang-terang menyatakan yahudi ni bangsa yang jahat tetapi pemimpin celaka negara ini rupanya memang suka kepada orang jahat!
Catat Ulasan